Ujian Psikologi


Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Psikologi?
  • Ujian Psikologi merupakan satu bentuk pengukuran yang menggambarkan penggunaan persampelan tingkahlaku bagi membuat keputusan berhubung individu tertentu.  Ia juga merupakan suatu instrumen yang bertujuan mengukur pelbagai karekter yang berkait dengan tingkahlaku manusia terutama tingkahlaku interpersonal.  Ujian psikologi beroperasi atas prinsip bahawa individu dengan karekter tertentu akan menjawab soalan tertentu secara berbeza daripada individu yang kurang mempamerkan karekter berkenaan.  Secara umumnya ujian psikologi boleh didefinisikan sebagai penggunaan satu atau lebih daripada alat pengukuran.




Bagaimanakah Ujian Psikologi dijalankan?
  • Sesi mentadbir dan perlaksanaan Ujian Psikologi hanya boleh dijalankan oleh individu yang diiktiraf sahaja.
  • Jumlah soalan dalam Ujian Psikologi tertaluk kepada jenis ujian dan juga objektif perlaksanaannya.
  • Manakala tempoh masa yang diperlukan untuk menjawab adalah antara 20 - 25 minit.
  • TIADA jawapan yang betul ataupun salah dan ia mesti dijawab dengan JUJUR.
  • Ini adalah kerana pengiraan jawapan akan menentukan samada keputusan yang diperolehi itu tulen ataupun tidak.
  • Sebelum menjawab ujian psikologi tersebut, dikehendaki terlebih dahulu untuk memastikan keadaan persekitaran adalah selesa dan tidak menganggu.


Jenis-jenis Ujian Psikologi

Inventori Personaliti Warna (IPW)

Inventori Personaliti Sidek (IPS)
Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS)






No comments:

Post a Comment