Setiap individu mempunyai minat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Ada di kalangan anda yang mempunyai minat dalam menulis, melukis, mengambil gambar, bercucuk tanam, menyanyi, dan sebagainya. Melalui minat ini akan mengembangkan beberapa bakat dalam diri individu tersebut. Diingatkan bahawa, semua Bakat lahirnya daripada Minat tetapi tidak semua Minat melahirkan Bakat. Contoh mudah yang boleh kita fahami ialah, individu yang minat menyanyi tidak semestinya mempunyai bakat dalam nyanyian. Manakala melalui gabungan minat dan bakat ini akan membentuk sebuah kerjaya yang dikenali iaitu Penyanyi.
Mari kita fikirkan bersama persoalan berikut:
- Apakah perkara yang kita minat lakukan?
- Adakah kita mempunyai bakat dalam minat tersebut?
- Bagaimanakah pekerjaan kita sekarang, adakah ia selari dengan minat kita?
- Adakah anda ingin tahu minat sebenar diri anda dalam kehidupan?
- Adakah semua minat saya yang membentuk personaliti saya sekarang?
- Apakah personaliti sebenar saya?
Berdasarkan semua persoalan di atas, dapat kita kenal pasti bahawa banyak perkara yang berkaitan dengan minat mempunyai sifat kebergantungan dengan pemilihan kerjaya. Malah ia juga dapat menzahirkan personaliti diri secara lebih jelas. Pemilihan KERJAYA yang tepat akan meningkatkan kualiti kerja secara amnya, dan kualiti peribadi secara khususnya.
