Monday, February 4, 2013

Minat dan Bakat penentu KERJAYA

Bismillah Alhamdulillah wa Syukurillah.

Setiap individu mempunyai minat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Ada di kalangan anda yang mempunyai minat dalam menulis, melukis, mengambil gambar, bercucuk tanam, menyanyi, dan sebagainya. Melalui minat ini akan mengembangkan beberapa bakat dalam diri individu tersebut. Diingatkan bahawa, semua Bakat lahirnya daripada Minat tetapi tidak semua Minat melahirkan Bakat. Contoh mudah yang boleh kita fahami ialah, individu yang minat menyanyi tidak semestinya mempunyai bakat dalam nyanyian. Manakala melalui gabungan minat dan bakat ini akan membentuk sebuah kerjaya yang dikenali iaitu Penyanyi.

Mari kita fikirkan bersama persoalan berikut:

  1. Apakah perkara yang kita minat lakukan?
  2. Adakah kita mempunyai bakat dalam minat tersebut?
  3. Bagaimanakah pekerjaan kita sekarang, adakah ia selari dengan minat kita?
  4. Adakah anda ingin tahu minat sebenar diri anda dalam kehidupan?
  5. Adakah semua minat saya yang membentuk personaliti saya sekarang?
  6. Apakah personaliti sebenar saya?

Berdasarkan semua persoalan di atas, dapat kita kenal pasti bahawa banyak perkara yang berkaitan dengan minat mempunyai sifat kebergantungan dengan pemilihan kerjaya. Malah ia juga dapat menzahirkan personaliti diri secara lebih jelas. Pemilihan KERJAYA yang tepat akan meningkatkan kualiti kerja secara amnya, dan kualiti peribadi secara khususnya. 

Mencari KERJA atau KERJAYA?

Bismillah Alhamdulillah wa Syukurillah.

Coretan dalam blog ini akan banyak membuat perkongsian berkaitan perancangan kerjaya yang selari dengan minat dan personaliti seseorang. Mengenali personaliti diri dengan lebih terperinci dan pemilihan kerja/kerjaya yang bersesuaian bagi mengelakkan terjadi situasi seperti 'Burn Out'. Sekiranya hal ini terjadi, individu tersebut akan mengalami beberapa perasaan seperti PUTUS ASA, BOSAN, TIDAK KOMITED, MALAS, dan LALAI. Oleh itu adalah lebih baik untuk kita bersama-sama mengenali personaliti diri dan minat dengan lebih mendalam.

Setiap individu mempunyai cita-cita dan impian terutama sekali dalam mencari KERJAYA, tapi adakah anda pasti apakah KERJAYA yang bersesuaian dengan diri anda? Sebelum ini, saya turut mengalami isu dimana saya keliru untuk memilih apakah KERJAYA yang sesuai dengan diri saya. Pada ketika itu juga, saya sukar untuk membuat pilihan bidang pengajian yang saya minat dan sesuai. Melalui semua isu-isu ini saya mempelajari kaedah untuk membantu insan lain yang turut mengalami isu yang saya alami sebelum ini.

Inilah PELUANG EMAS untuk semua pembaca menambah ilmu dan mengenali diri dengan lebih mendalam. Selamat membaca buat semua. Saya amat gembira akan kesudian kalian meluangkan masa bersama saya dalam blog ini.


Hadiah untuk mu: